Assalamualaikum! hantaran ini dilakukan adalah untuk cikgu kenalkan diri saya sendiri untuk RICL. Semoga biodata ringkas saya ini membantu tuan/puan atau murid-murid mengenali saya dengan lebih dekat.
Nama: Luqman Hazim
Gelaran: Cikgu Luqman
Hobi : Suka sunting video atau menulis
S1: Cikgu mengajar subjek apa?
J1 : Bahasa Melayu
S2: Mengapakah blog ini diwujudkan?
J2 : Kerana semasa saya berumur 13 tahun dahulu (2010) saya ada blog saya sendiri. Malangnya saya mengambil keputusan untuk berhenti main blog dan memadam blog tersebut. Kalau tidak blog saya itu sudah menjadi 'Legend' kerana ada pelbagai kenangan sewaktu saya remaja. Kini saya bina semula blog saya kerana saya ingin memartabatkan bahasa kebangsaan saya dan saya ingin berkongsi ilmu pengetahuan kepada anak-anak murid saya di luar sana.
S3: Mengapakah cikgu memilih guru sebagai kerjaya?
J3: Jawapannya sudah tentu sebab minat. Bermula dengan minat saya memilih untuk menjadi seorang guru. Saya dulu sukar untuk mengingati tatabahasa Melayu. Tetapi, kehadiran guru bahasa Melayu sewaktu saya tingkatan 5 dan 6 membuatkan bahasa Melayu itu menjadi mudah untuk saya ingat. Apabila saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian bahasa Melayu pada peringkat ijazah sarjana muda, minat saya semakin mendalam dan saya bertekad untuk memudahkan semua pelajar saya menjawab soalan bahasa Melayu sama seperti guru-guru saya dulu membantu saya.
No comments:
Post a Comment